1

Translate Page

Posted by reborn on 4:13 PM
Kadang-kala ada juga surf ke website yang bukan bahasa Melayu bukan English...tapi web tersebut betul2 memaparkan apa yang kita perlukan..admin juga sedar terutama ketika nak cari link untuk download movie..kadang2 forum didalam bahasa vietnam, thailand, japan dan china..

macam mana nk translate?..senang jer..pergi ke Google Translator , letak nama website berkenaan dan tekan translate..Google akan translate ke bahasa pilihan anda.. Selamat mencuba~

--> Selepas translate
--> Sebelum translate

0

Keselamatan PC

Posted by reborn on 9:51 AM
Sebelum memberi pinjam PC atau laptop anda kepada rakan2, pastikan anda telah mengambil langkah2 berjaga2..Ini kerana mereka boleh menceroboh dan mengetahui segala kegiatan PC anda termasuk password dan sejarah browsing anda..Kat sini saya berikan sedikit tips-tips berguna..

Cuba clear browsing data bagi setiap internet browser anda..termasuk password..

--> Klik setiap gambar untuk besarkan, jika tidak jelas..

Untuk Google Chrome

Untuk Mozilla Firefox
Clear browsing windows
Clear browsing di My Computer

0

Windows Seven Transformation Pack

Posted by reborn on 10:59 AM
Jika anda pengguna hardcore Win Xp dan sukar mahu bertukar ke Win Se7en, anda boleh tukar appearance sahaja tanpa perlu format dan install Win Se7en..hanya download transformation pack dan gunakan.. Freeware untuk dicuba..System Transformation telah di upgrade menerusi versi 2.0 dimana lebih transparent..


0

Tukar Wallpaper

Posted by reborn on 10:28 AM
Bosan juga kalau tiap2 hari menghadap wallpaper sama..Skrg cuba software "John's Background Switcher"..Bila guna software ni, wallpaper akan bertukar secara automatik..Anda boleh set masa setiap transition (pertukaran) setiap wallpaper yang dipilih..Selain tu, ada juga picture mode untuk pilihan..Nak tau lagi, jom download..

Ini adalah freeware..jadi, download dan guna sepuas-puasnya..

Download kat sini~--> John's Background Switcher

Untuk pilihan wallpaper, rujuk topic ni.. Cool Wallpaper

0

Sejarah Jaringan Sosial

Posted by reborn on 11:09 PM
Apabila di tanya, adakah anda ada akaun Facebook, Friendster, MySpace, Twitter, tentu sekurang-kurangnya anda ada salah satu daripada akaun di atas. Tapi adakah anda tahu sejarah setiap web sosial di atas. Admin pilih web diatas kerana web berkenaan paling popular di Malaysia. Jom ketahui sejarah penubuhan web sosial.

Facebook - Paling meletup dan popular kini. Diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 4 Februari 2004, sebagai medium sosial kepada mahasiswa Harvard. Dalam masa 2 minggu pelancaran, lebih kurang separuh daripada bilangan mahasiswa Harvard telah daftar. Setelah 4 minggu penubuhan, ia telah melangkaui 30 kampus dalam jaringan facebook. Pada september 2006, facebook telah membuka pendaftaran kepada semua pengguna email seluruh dunia. Kini, lebih 25-juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Friendster - Friendster di kelolakan oleh Friendster.Inc, berpusat di Mountain View, California dan ditubuhkan pada 2002. Pengasasnya ialah Jonathan Abrams. Hingga kini, bilangan yang berdaftar dengan Friendster adalah sebanyak 115-juta pengguna.

MySpace - Berpusat di Beverly Hills, California dan dimiliki oleh Fox Interactive Media dan News Corporation. Ia diasaskan pada 2003 namun hanya bertapak sendiri pada 2004. Ia paling terkenal di UK dan US namun kurang popular di Asia. Kini MySpace mempunyai ahli berdaftar sebanyak 100-juta pengguna sedunia.

Twitter - Dicipta pada 2006 oleh Jack Dorsey. Ia tersenarai sebagai top-50 website paling popular seluruh dunia bagi 2009. Berpejabat di San Francisco, California. Ia adalah web sosial ketiga paling popular di dunia bagi 2009. Twitter lebih sesuai dikenali sebagai "SMS di internet" oleh kalangan pengguna.

1

Tips Shopping Online

Posted by reborn on 11:00 PM
1-Pastikan butiran peribadi yang di msukkan ke laman web bermula dengan alamat https://
2-Ketahui harga dan spesifikasi barang sebelum membeli. Gunakan Yahoo @ Google Search untuk mencari spesifikasi jika tidak diberikan / di nyatakan. Adakalanya, harga di internet lebih mahal berbanding di kedai.
3-Fahami dan teliti semua terma dan syarat di nyatakan. Ia bagi mengelakkan anda tertipu atau teraniaya.Ia juga mengelakkan data dan peribadi anda dicerobohi mahupun dimanipulasikan.
4-Berjaga-jaga apabila membayar atau melakukan transaksi melalui kad kredit.Jangan mudah mendedahkan 4 angka yang terakhir.
5-Kepada yang melakukan transaksi melalui online banking, pastikan anda mencetak segala penyata transaksi. Anda juga boleh "print screen" jika tidak mempunyai printer ketika melakukan transaksi tersebut.
6-Apabila membeli barangan terpakai, anda berhak bertanya kondisi / keadaan barang sebelum membeli. Jika si penjual seperti mahu mengelak atau tidak memberi kerjasama, lupakan saja pembelian.
7-Jika barangan komputer, bandingkan harga dijual dengan pricelist di lowyat.net. Bandingkan juga harga barang di beberapa kedai online yang lain.
8-Pastikan harga di nyatakan. Adakah ia termasuk kos penghantaran ataupun produk sahaja. Adakala,
apabila harga produk termasuk pos, ia jadi lebih mahal berbanding anda beli terus di kedai.
9-Pastikan keselamatan akaun anda apabila membeli online. Tanya dan minta nasihat daripada orang yang lebih pakar dan berpengalaman sebelum membeli barang.

1

Fakta Penting mengenai Bill Gates

Posted by reborn on 8:22 PM
Berikut merupakan fakta-fakta menarik mengenai Bill Gates..Beliau merupakan manusia terkaya di dunia..

1- Bill Gates memperoleh US$250 setiap saat, dan kira-kira US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun.

2- Jika Bill Gates menjatuhkan US$100, beliau tidak perlu untuk mengutip sebab dalam masa 4 saat beliau sudah dapat semula wang tu.

3- Hutang Amerika menjangkau US$5.62 Trillion, dan jika Bill Gates mahu tolong menyelesaikan, beliau boleh bayar semuanya dalam masa kurang 10 tahun.

4- Beliau boleh menderma US$15 kepada setiap orang di muka bumi dan selepas itu, beliau masih mempunyai US$5juta didalam poket beliau.

5- Michael Jordan adalah atlit yang mendapat bayaran paling tinggi di US. Jika dia tidak minum dan makan, dan terus menyimpan wang, dengan pendapatan tahunan US$30 juta, dia kene tunggu sehingga 277 tahun untuk sekaya Bill Gates sekarang.

6- Harta kekayaan Bill Gates jika di hitung, harta beliau menyamai negara ke 37 terkaya di dunia.

7- Jika anda menukar wang Bill gates kepada wang kertas US$1, ia boleh menjangkau dari bumi ke bulan, dan ulang semula sebanyak 14 kali. Tetapi anda harus membuat jalan tersebut selama 1,400 setahun tidak berhenti dan sejumlah 713 Boeing 747 diperlukan untuk pengangkutan.

8- Pada tahun ini, umur Bill Gates ialah 40 tahun. Jika beliau hidup lagi 35 tahun, beliau harus menghabiskan US6.78 juta sehari sebelum mati.

9- Jika SEMUA pengguna Microsoft Windows membuat aduan dan meminta ganti rugi US$1 untuk setiap kali PC Hang, Bill Gates akan gulung tikar dalam masa 3 tahun.

Copyright © 2009 Your Info-Techno Stop Centre All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.