Monday, February 22, 2010

Cegah Jenayah FACEBOOK

Website sosial networking seperti Facebook, MySpace dan Twitter adalah bagus untuk merapatkan sillaturrahim dengan rakan2 anda dan updates apa yang berlaku pada anda seharian..Tapi tahukah anda bahawa siapakah yang memerhatikan anda dan mengambil kesempatan ke atas kebaikan anda?..

Mengikut statistik, 13/100 pengguna Facebook menerima (Accept) orang tidak dikenali dan tidak menyiasat latar belakang pengguna itu ... 92/100 pengguna Twitter membiarkan sesiapa sahaja menjadi follower mereka tanpa mengenalinya..

Disini dinyatakan manusia yang mungkin menyeleweng menggunakan akaun Facebook anda.
1-Hacker - Sentiasa memerhati dan mengambil kesempatan jika anda lalai dengan sengaja atau tidak, mendedahkan akaun2 anda..
2- Penceroboh - Pencuri, perompak, penculik, ahli pecah rumah sentiasa memerhati aktiviti anda.. Jangan sesekali menulis status atau wall, bahawa anda sekeluarga akan bercuti selama beberapa hari..Jika pencuri ini terlihat status itu, ia akan sentiasa memerhati kediaman anda..Tahukah anda bahawa hackers kini boleh mengetahui status IP dan alamat rumah anda??...
3- Rakan ilusi - Jangan menerima (Accept) sesiapa yang anda tidak kenali..Mereka mungkin musuh dan bila2 masa akan mengambil kesempatan.. Mereka boleh menyebarkan maklumat peribadi anda dan gambar2 privasi anda..

Langkah pencegahan
1-Jangan sesekali mendedahkan maklumat sulit seperti no hp, alamat, no plat kenderaan, no akaun bank dll..
2-Jangan post sebarang status yang boleh mendedahkan keselamatan anda..
3-Jangan post sebarang gambar2 yang privasi yang boleh mengaibkan anda dan orang lain..
4-Jangan dedahkan kedudukan semasa anda..Cth nya bercuti di Hotel YYY, Langkawi dll..
5-Jangan Accept orang yang tidak dikenali..
6-Jangan memberi kebenaran bebas kepada semua orang untuk lihat akaun anda..
7-Langkah Paling Selamat, TAK PAYAH ADA FACEBOOK..

0 comments:

Post a Comment